Skip to content

Soalan Lazim (FAQ)

Pembayaran dan Pembiayaan

Anda boleh membayar melalui dua saluran pembayaran - Auto Debit dari akaun bank dan Perbankan Dalam Talian.

1. Pinjaman Baru: Pembayaran pertama perlu dibuat secara manual. Semua pembayaran seterusnya akan dipotong melalui auto-debit setelah diluluskan oleh bank.

2. Pinjaman Sedia Ada: Auto-debit tidak berjaya disebabkan baki yang tidak mencukupi dalam akaun.

Auto-debit disediakan untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang pembayaran. Jika pembayaran manual anda gagal, akaun anda akan disenaraikan untuk transaksi auto-debit. Jika auto-debit anda gagal, anda akan ada percubaan lain untuk mendebit pembayaran dalam masa empat (4) hingga lima (5) hari berkerja.

WhatsApp Customer Care at 010-3711388 or send an email directly to [email protected]

WhatsApp Customer Care at 010-3711388 or send an email directly to [email protected]

Setelah menerima emel anda, kami akan menghantar borang penyelesaian penuh/awal kepada anda. Borang ini berfungsi sebagai notis bertulis ( 1 bulan ) kepada kami. Kami akan memberi nasihat kepada anda mengenai jumlah yang perlu diselesaikan, setelah menerima borang tersebut melalui emel.

Boleh. Penasihat kewangan kami akan menyediakan bantuan yang diperlukan.

Tidak. Cukai perkhidmatan kerajaan tidak akan dikenakan untuk pinjaman peribadi ini.

Tidak, EM Loan tidak mengenakan sebarang yuran pengendalian atau caj.

Caj pembayaran lewat ialah lapan peratus (8%) setahun (s.a.) ke atas baki tunggakan, dikira dari tarikh lewat hingga tarikh penyelesaian jumlah tunggakan.

Kadar faedah adalah 18.0% setahun (s.a.).

Ya. Yuran afidavit, yuran insurans, dan yuran setem akan dipotong daripada jumlah pinjaman.

EM Loan mempunyai dua (2) jenis kaedah pembayaran - debet langsung dari akaun bank gaji dan perbankan dalam talian.

Anda boleh menyemak status pembayaran pada aplikasi anda. Anda juga boleh menghantar emel ke [email protected] untuk pertanyaan pembayaran. Sila sertakan nombor Kad Pengenalan (NRIC) dan nama penuh anda untuk tujuan semakan.

Anda perlu memberi notis satu bulan terlebih dahulu dan juga mengisi borang penyelesaian awal. Borang penyelesaian awal boleh diperoleh di cawangan kami atau melalui emel.

Tidak, kami hanya menerima pembayaran penyelesaian awal melalui perbankan dalam talian sahaja. Sila hantar resit ke [email protected] selepas membuat pembayaran.

Anda boleh membayar ansuran anda dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh akhir pembayaran. Walau bagaimanapun, EM Loan masih akan minta anda untuk menetapkan akaun untuk debet langsung, sekiranya anda lupa membuat pembayaran secara manual.

Permohonan Pinjaman

Untuk pekerja bergaji, dokumen yang diperlukan adalah

  • Salinan kad pengenalan (IC).
  • Slip gaji / bukti pendapatan terkini (3 bulan).
  • Penyata bank terkini (3 bulan).
  • Bil utiliti terkini (air atau elektrik).

Masa diperlukan untuk memproses permohonan anda ialah 2 jam hingga 5 hari bekerja. Ini tertakluk kepada penerimaan dokumen yang lengkap.

*Masa pemprosesan mungkin akan lebih lama, bergantung kepada proses pengesahan.

Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 65 tahun, telah bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dengan majikan semasa, dan mempunyai gaji asas minimum sebanyak RM 1,200.00.

EM Loan akan menghantar pemberitahuan melalui aplikasi mengenai status permohonan anda.

Tempoh pinjaman minimum adalah 6 bulan dan tempoh pinjaman maksimum adalah lima 5 tahun (60 bulan).

EM Loan menyediakan perkhidmatan ke seluruh Malaysia. Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh mengikuti Facebook dan/atau Instagram EM Loan.

Anda akan menerima pemberitahuan dan boleh menyemak status pinjaman di dalam aplikasi jika permohonan anda berjaya. 

Sebagai pemberi pinjaman wang yang berlesen, EM Loan tidak akan menyimpan kad ATM pelanggan.

Untuk pemohon yang berkerja sendiri,

  • Salinan kad pengenalan (IC). 
  • Sijil SSM terkini.
  • Penyata bank syarikat terkini (6 bulan).
  • Penyata bank peribadi terkini (3 bulan).
  • Bil utiliti terkini (air atau elektrik).

Jumlah pinjaman akan ditentukan selepas anda mengemukakan permohonan kerana EM Loan perlu melakukan pemeriksaan dan pengesahan untuk menentukan jumlah yang boleh ditawarkan.

Tidak, kami hanya menerima permohonan daripada warganegara Malaysia.

Ya, anda boleh memohon kerana EM Loan mempunyai semakan kredit yang fleksibel.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh EM Loan adalah antara RM 1,000.00 dan RM 30,000.00. Walau bagaimanapun, EM Loan tidak akan menawarkan jumlah maksimum kepada pemohon baru kerana kami perlu menilai corak pembayaran anda.

Jumlah gaji bersih minimum yang diperlukan adalah RM1200.00 sebulan. 

Ya, anda boleh mencuba. Kami mempunyai panduan sendiri untuk kes-kes di bawah AKPK.

Express Mortgage & Loan Sdn. Bhd.
202001039140 (1395461-K)

No.11-A, 1st Floor, Jalan USJ 10/1c,
47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Isnin - Jumaat 9AM - 5PM, Sabtu 9AM - 1PM

+6010-3711388 / +6011-26217388

LICENSE NO. OF MONEY LENDING

WL7707/10/01-2/110325

PDPA CERTIFICATION OF REGISTRATION

ML-SB20072022-01639

LICENSE NO. OF ADVERTISING PERMIT

WP7707/10/01-2/110325

**Halaman ini merupakan versi terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris yang asal. Kami akan bertindah mengikut maklumat dan terma yang tersurat dalam versi Bahasa Inggeris asal. Untuk maklumat yang lebih tepat, sila rujuk kepada versi Bahasa Inggeris.